KDK-1 :
Peringkat ini Allah amat kasihkan dan memuji-muji nama mereka (ahli
tasawuf). Alangkah bertuah dan mulianya mereka ini kerana sentiasa
dipuji Allah.
KDK-2 :
Allah sendiri mengucap terima kasih kepada mereka. Sekiranya kita
diucap terima kasih oleh seorang yang hina pun sudah cukup baik, apatah
lagi jika Allah sendiri yang mengucapkannya.
KDK-3 : Allah
Taala sangat kasih dan cinta akan mereka. Jika seorang raja mencintai
kita sudah cukup untuk kita bermegah dan mendapat faedah, apatah lagi
raja sekian alam sendiri yang cintakan kita.
KDK-4 : Allah Taala sendiri menjadi wakil untuk mengurus urusan mereka.
KDK-5 : Allah Taala menjamin rezeki ke atas mereka ke mana sahaja mereka pergi.
KDK-6 : Allah Taala mengawal tubuh badan mereka dari disakiti musuh.
KDK-7 : Allah Taala menjadi sahabat teman setia mereka.
KDK-8 : Ahli
sufi berjiwa besar dan tidak terasa terhina membuat kerja-kerja yang
tidak disukai orang. Malah mereka tidak suka ditolong orang hatta raja
sekalipun.
KDK-9 : Tinggi hemah dan kezuhudan seta tidak sedikit pun ternoda dengan kemegahan dunia.
KDK-10 :
Kaya hati, tenteram dan aman. Tidak terkejut dengan kekayaan baru yang
datang dan tidak pula susah hati bila ditimpa kemiskinan.
KDK-11 :
Bersinar-sinar nur hati mereka hingga dapat memberi petunjuk kepada
orang ramai tentang ilmu-ilmu rahsia, hikmat-hikmat yang tidak dapat
diberi oleh manusia biasa.
KDK-12 : Sentiasa berlapang dada sehingga bala yang besar tidak mampu langsung menggundah-gulanakan jiwa mereka.
KDK-13 :
Wajah mereka sentiasa terpancar sinar kehebatan dan mampu merebahkan
orang yang melihat atau musuh yang mendekati hatta raja yang zalim
sekali pun.
KDK-14 :
Allah Taala melimpah keberkatan pada segala pergerakan tubuh dan
perilaku mereka seperti tempat tidur, bekas makan dan tempat duduk
sehingga diambil orang untuk keberkatan. Malah yang bersahabat dengan
mereka juga mendapat tempias ilmu-ilmu keramat mereka.
KDK-15 :
Mereka menguasai lipat jalan bumi, udara dan air sehingga jika
dikehendaki terbang di udara atau menyelam di laut dalam nescaya
diperkenankan Allah.
KDK-16 : Mereka dapat menunduk dan menjinakkan segala jenis binatang buas malah binatang itu dapat dijadikan khadam suruhan pula.
KDK-17 :
Mereka dianugerahkan perbendaharaan bumi. Sekiranya mereka mengkehendaki
harta karun itu timbul dari perut bumi nescaya berlaku. Mereka juga
mampu mendatangkan rezeki (makanan) sendiri jika terasa kelaparan.
KDK-18 :
Mereka menjadi tumpuan orang ramai Kepada orang yang berhajat berkasih
kepada Allah wajarlah dijadikan mereka ini sebagai wasilah. Berkhadamlah
dengan mereka ini mudah-mudahan akan sampai makrifat kepada Allah.
KDK-19 : Apa sahaja yang terlintas di hati atau tergerak lidah untuk meminta sesuatu hajat nescaya tercapailah hajat mereka.
KDK-20 : Terjatuh mesra kasih orang ramai apabila terpandang mereka.
No comments:
Post a Comment