Cendawan berfikiran awangan ke arah aurora citramaya

     Kehidupan ku kini  merupakan zaman akhir yang akan menjadi titik ukur kehidupan ku kelak. Tahun 2023 membuka lembaran yang membuat aku menjadi lebih matang dalam menghadapi cabaran dan kejayaan dalam hidup ini. 

    2023 menjadi saksi aku harus menempuhi kehidupan ini dengan jayanya walaupun tahun sebelum nya merupakan masa lalu dengan penuh cabaran dan dugaan hidup paling berat dalam hidupku. Semoga akhir tahun 2023 ini menjadi penutup kehidupan ku yang akan menjadi lebih bersinar dan semangat yang baru, hati budi yang baik, kehidupan yang lebih baik dilimpahi kesihatan dan rezeki yang baik diredhi Allah. 

       Blog ini menjadi saksi bagaimana aku bermula pada tahun 2007 di sebuah tempat, Kotaraya yang sangat mencabar pada waktu tersebut. Masa tersebut aku isi pengalaman hidupku dengan lahirnya catatan sebiji cendawan yang akan menulis sebuah nukilan melalui pemikiran di awang-awangan namun aku terlupa mengisi sesuatu arah tuju yang sebenar iaitu sebuah arah tujuan ke tempat yang sangat indah buatku sekarang. Itulah dia Kota Aurora Citramaya. Kota yang aku damba-dambakan selama ini.

    Aku bersyukur tujuan hidupku jelas menuju kota tersebut dengan bantuan dan takdir dari petunjuk Allah S.W.T.. aku akan belajar untuk melalui kehidupan ini di Kota Aurora Citramaya dengan kehidupan yang lebih bahagia kelak. Semoga nukilan ini menjadi titiktolak untuk aku terus berkarya dan menulis seperti mana aku masa dahulu. Terima Kasih kepada dia yang selama ini berada di Kota Aurora Citramaya menyedarkan aku betapa kasih itu sesuatu yang indah. 

Aku akhiri nukilan ini dengan lagu yang berkumandang di Kota Aurora Citramaya :-


  Febians-Penantian

Aku yang masih disini
Bertemankan rindu dalam sepi
Aku yang setia menanti
Menunggu jawapan yang belum
pasti
Akan ku temui bilakah direstui
nanti
Aku yang kian sendiri
Bertemankan bayangan diri
Aku yang masih lagi mencari
Menatap gambaran lukisan hati
Yang engkau beri tika mula
Aku kenali dulu
Penantian satu penyiksaan
Dalam kebuntuan sebuah
kesampaian
Di ulit sepi yang mencengkam
Bagaikan pungguk merindukan
Bulan purnama
Indahnya nun jauh di sana
Cinta ku beraja di hati
Tiada istilah tandus lagi
Hanya takdir yang akan
merestui
Pertemuan perpisahan ini
Kita berdoa bersama
Agar bertemu kita semula...


~evold~`

💕 

Comments