Catatan seorang pegawai yang pernah bergelar CO KPD Sabahan PX 29
Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, negara kita masih lagi berada didala...m
zaman darurat. Banyak serangan dan ancaman pengganas PKM terhadap orang
awam dan pasukan keselamatan. Pada tahun 1960 zaman darurat itu berjaya
ditamatkan. Namun begitu ancaman PKM masih lagi berterusan sehingga
tahun 1989. Ancaman PKM lebih diperkatakan oleh hampir kesemua
masyarakat negara ini. Namun begitu tidak ramai yang memperkatakan
ancaman Tentera MORO, serpihannya dan kumpulan-kumpulan lanun yang
sentiasa mengancam Negeri Dibawah Bayu sejak awal tahun 70’an hingga
waktu kini. Mungkin semasa itu (70an hingga pertengahan 90an) liputan
media agak kurang dinegeri tersebut.
Pada tengah malam 24 Sept
1985, hampir sesemua pos-pos PPH, kapal dan botronda Polis Marin, balai
dan IPD dikawasan Pantai Timur Sabah telah dimaklumkan mengenai kejadian
satu penculikan sebuah Tug Bot yang sedang menarik scow balak yang
dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Lahad Datu. Turut ditahan 3
orang krewnya yang dijadikan sebagai tebusan. Kejadian berlaku
diperairan Pulau Tambisan. Namun sehingga berita tersebut dihebahkan
melalui alat perhubungan VHF dan HF, tiada sesiapa pun tahu dimanakah
kedudukan tug bot tersebut. Dikatakan kumpulan tersebut pada mulanya
ingin masuk ke Sandakan untuk melakukan rompakan, namun begitu terpaksa
membatalkan hasrat mereka apabila ketua mereka telah mengambil kira
kekuatan Polis Marin Sandakan pada ketika itu yang mampu bertindak balas
sekiranya mereka menyerang Sandakan. Pada waktu itu, kekuatan pasukan
keselamatan dilaut lebih bergantung kepada Polis Marin disamping kapal
TLDM yang berpangkalan di Labuan. Dengan maklumat tersebut semua aset
PDRM diletakkan dalam siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Dalam waktu yang sama XO KPD Sabahan PX 29, Insp Salim bin Ibrahim yang
pada ketika itu memangku sementara jawatan COnya telah menerima
maklumat tersebut yang disampaikan oleh jurusemboyan kapal tersebut.
Pada ketika itu, kedudukan PX 29 sedang membuat serang hendap dikawasan
perairan Pulau Mataking. Beliau telah mengingatkan anak buahnya untuk
turut bersedia. Kapalronda PX 29 berada diperairan tersebut hingga jam 9
pagi dan kemudian telah masuk ke pekan Semporna untuk menghantar
seorang anggota yang menghidapi demam panas. Semasa beliau sedang
menunggu anggotanya pulang dari mendapatkan rawatan di hospitan kerajaan
di Semporna, beliau dan beberapa orang anggota berehat di Wheel House.
Pada jam lebih kurang 1200 tengahari 25 Sept. 1985, kesunyian bilik
radio PX 29 tiba-tiba dipecahkan dengan pengumuman kecemasan dari
stesyen 241......” Lahad Datu diserang... mana-mana CO Batalion, CO
Botronda, OC Tek PPH dikehendaki bersedia!!” sebanyak beberapa kali.
Insp Salim terus menjawab panggilan kecemasan tersebut…..”Saya Insp
Salim pemangku CO PX 29 dan kapal kini berada di Semporna…Ada apa-apa
arahan Tuan.” Stesen 241 iaitu pengawal Lahad Datu kemudian telah
mengarahkan supaya kapalronda PX 29 untuk bergerak dari perairan
Semporna dan tutup laluan dikawasan perairan Kunak. Insp Salim kemudian
telah keluar dari kapal dan telah memaklumkan kepada semua anggota marin
di Pangkalan Marin Semporna untuk bersedia dan seterusnya beliau telah
bergerak ke IPD Semporna untuk memaklumkan bahawa Bandar Lahad Datu
telah diserang.
Berbalik kepada kejadian penculikan sebuah Tug
bot pada 24 Sept 1985 diperairan Pulau Tambisan. Rupa-rupanya tug bot
tersebut telah diculik oleh kumpulan lanun yang menyerang Bandar Lahad
Datu dimana mereka menggunakan scow balak untuk menyembunyikan 2 buah
pum bot mereka. Ini adalah kerana pada ketika itu pum bot yang bersayap
telah diharamkan penggunaannya diperairan Sabah. Mereka menyusup masuk
ke pelabuhan Lahad Datu tanpa disedari oleh pihak berkuasa kerana
rata-rata orang tidak perasan ketika 2 buah pum bot tersebut berganding
dengan scow balak tersebut. Apabila mereka sampai di kawasan perairan
Lahad Datu, kedua-dua bot tersebut terus merapat di jeti Awam Bandar
Lahad Datu. Seramai 21 lelaki berpakaian unifom warna hijau sama seperti
yang digunakan oleh PPH pada ketika itu naik ke bandar Lahad Datu.
Kebanyakan dari mereka berambut panjang dan menjadi kebiasaan anggota
PPH yang baru balik operasi berambut panjang sedikit dari biasa. Oleh
yang demikian penduduk setempat tidak mengambil peduli tentang kehadiran
mereka yang dianggap sebagai PPH.
Kumpulan lanun tersebut
telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dalam rancangan menyerang
Bandar Lahad Datu. Ada satu kumpulan yang terdiri daripada 4 orang telah
pergi ke sebuah kedai kopi yang terletak lebih kurang 80 meter dari
Pangkalan Polis Marin Lahad Datu. Semasa sampai di kedai tersebut salah
seorang lanun tersebut telah memberi amaran dalam bahasa melayu pelat
filipina kepada pelanggan yang berada dikedai tersebut….. ”Kamu jangan
kemana-mana, ada mundu datang mahu merompak…” Kebanyakan pelanggan
menganggap arahan tersebut betul yang dikeluarkan oleh anggota PPH.
Namun 3 orang anggota marin yang pada ketika itu turut minum dikedai
tersebut menyedari bahawa lelaki tersebut bukanlah anggota PPH kerana
mereka menggunakan senjata M14 dan Garand serta memakai kasut “Kungfu”.
Tanpa disedari oleh kumpulan lanun itu, mereka bertiga kemudian telah
melarikan diri balik ke pangkalan. Sampai dipangkalan marin anggota
marin terus mencapai senjata GPMG yang ada di kubu di Pangkalan Marin
dan juga botronda PGR 8 yang pada kebetulan baru tamat tugas rondaan.
Menyedari 3 anggota berjaya balik ke pangkalan kumpulan lanun tersebut
telah melepaskan tembakan tetapi tidak menepati sasaran. Disaat itu
bermulalah pentempuran di Bandar Lahad Datu. Polis Marin juga turut
diserang dari beberapa arah termasuk dari tempat mula kumpulan lanun
tersebut mendarat.
Dalam masa yang sama bandar lahad datu mula
cemas dengan bunyi tembakan dan bunyi letupan RPG dan bom tangan yang
dilancarkan oleh kumpulan lanun tersebut. Kapal PLC 1 yang berada
dipangkalan turut ditembak dengan RPG. Begitu juga dengan anggota yang
mempertahankan Pangkalan Marin, ditembak tanpa belas kasihan. Dalam
pentempuran itu 2 anggota Polis Marin telah ditembak dan salah seorang
ditembak dibahagian perut menyebabkan perutnya terburai. Namun masih
lagi memberi tentangan kepada kumpulan lanun tersebut. Pihak polis juga
telah menghubungi Kem Tentera yang berada dihadapan Balai Polis Lahad
Datu untuk memohon bantuan bagi melawan kumpulan lanun tersebut. Namun
apa yang menjadi dukacitanya, pegawai pemeritah kem tersebut yang
dikenali sebagai Major Zainal bertergas bahawa menurut SOP mereka,
tentera perlu mempertahankan kem mereka terlebih dahulu dari dicerobohi
kumpulan lanun itu. Maka hanya PDRM sahaja yang sedaya upaya untuk
melawan kembali serangan dari kumpulan lanun tersebut. Kekecohan selama 2
½ jam dibandar Lahad Datu tersebut berakhir apabila kumpulan lanun
tersebut berjaya melarikan diri ke arah laut menggunakan 2 buah pum bot.
Dalam serangan tersebut, sebuah bank telah dirompak dan 2 orang awam
telah mati ditembak oleh kumpulan lanun tersebut dan ramai yang telah
tercedera.
Kejadian serangan ke atas bandar Lahad Datu
mengejutkan banyak pihak. TLDM telah menghantar 2 buah kapal kelas PC
dan pihak TUDM pula telah menghantar sebuah pesawat Couribo dari Labuan
ke perairan Lahad Datu. Sementara kapalronda Polis Marin terus memburu
kumpulan lanun tersebut. PX 29 yang berada di laut Kunak telah bergerak
ke kawasan Tanjung Melandong kerana mengikut maklumat kumpulan lanun
tersebut telah melarikan diri ke arah Tanjung Sakar. Setibanya PX 29
dikawasan pancang lampu Amstrong beliau telah berjumpa dengan 2 buah
nelayan yang sedang memukat dikawasan tersebut. Dari situ Insp Salim
mendapat maklumat bahawa 2 buah pum bot baru melalui kawasan tersebut
menuju ke arah Puncak Pulau Gaya Semporna. Dalam masa yang sama beliau
telah terlihat kapal ronda PX 16 keluar dari kawasan port limit Lahad
Datu lalu beliau telah menghubungi Peg Pemerintah kapal tersebut Tuan
Rahim. Kedua-dua kapal kelas PX tersebut telah mengejar 2 bot suspek
tersebut. Semasa berlepas dari kawasan perairan Tanjung Melandong, Insp
Salim telah menguji semua senjata yang terdapat dalam kapalnya.
Sepanjang kejar-mengejar tersebut tembak-menembak telah berlaku antara
Polis Marin dan kumpulan lanun tersebut.
Tembak-menembak
berhenti seketika apabila PX 29 dan PX 16 merapat seketika dikawasan
perairan Fremental Shoal. Dalam perbincangan antara Insp Salim dan Tn
Rahim, mereka sepakat untuk menyerang kedua-dua pum bot tersebut dalam
bentuk ‘V’ agar tidak timbul tembakan silang yang mungkin merbahayakan
kapalronda Polis. Kemudian PX 29 dan PX 16 telah berpecah dan meneruskan
pemburuan. Semasa itu tembakan masih diteruskan oleh kedua-dua pihak.
Senjata Oerlikon 20mm PX 29 tidak boleh digunakan kerana dari 10 butir
tembakan dilepaskan hanya 2 butir sahaja yang meletup. Pada ketika itu,
kapal PX 29 dikemudikan oleh Jurusemboyan sementara anggota lain diberi
tugas untuk bertempur. Sepanjang kejar mengejar itu, Insp Salim telah
mengingatkan agak kedua-dua kapal dipandu dalam jarak 3 kabel dari bot
lanun sebagai langkah keselamatan agar tidak ditembak dengan RPG yang
mana jarak tembakan peluru tersebut adalah 500 meter. Sangkaan Insp
Salim betul apabila kumpulan lanun tersebut melepaskan 2 tembakan RPG
yang mana salah satu terjatuh di Stbd Bow PX 29 dan satu lagi jatuh
dihadapan kapal PX 16. Tembakan dari senjata GPMG secara berterusan
menyebabkan larasnya menjadi merah menyala dan terpaksa kerap ditukar.
Begitu juga dengan tembakan menggunakan SMG Starling yang mengalami
kepanasan larasnya menyebabkan peluru tidak pergi jauh dan seolah-oleh
anak peluru tersebut dibaling oleh penembaknya.
Salah seorang
anggota PX 16 telah cedera ditembak ditangan dan telah menerima rawatan
kecemasan dikapal tersebut.Apabila matahari mula tenggelam, tembakan
yang dilepaskan oleh kapalronda Polis makin jelas kelihatan melalui
tembakan peluru treaser dimana hampir kesemua peluru yang menghampir
kedua-dua bot lanun tersebut seolah-olah melantun keatasnya. Disini Insp
Salim berdasarkan pengalaman orang-orang lama yakin kumpulan lanun
tersebut bukan calang-calang dan pasti mempunyai pendinding. Selepas
itu, Insp Salim telah menerima panggilan dari IPK Sabah menggunakan
radio HF yang mana orang yang bercakap itu adalah Timbalan PJP Sabah.
Beliau bertanyakan keadaan anggota Polis Marin yang terlibat dalam
pentempuran tersebut. Beliau juga sempat sampaikan salam PJP Sabah yang
pada waktu itu berada di Kuala Lumpur untuk mesyuarat di Bukit Aman.
Arahan PJP Sabah disampaikan iaitu “Jangan Biarkan Lanun Itu Hidup”.
Arahan tersebut membangkitkan semangat kepada semua anggota yang
terlibat untuk terus memburu lanun tersebut.
Apabila hari mula
gelap, pesawat Couribo TUDM yang berlegar-legar diudara sebanyak 3 ke 4
kali telah menghubungi PX 29. Kapten pesawat tersebut memaklumkan bahawa
beliau mendapat arahan dari KEMENTAH untuk berpatah balik ke Labuan.
Beliau tidak lagi dapat membantu kapal-kapal Polis Marin yang masih
berbalas tembakan dengan kumpulan lanun tersebut. Sebelum pesawat
tersebut meninggalkan kawasan operasi, Kaptennya sempat mengucapkan
selamat berjuang kepada Insp Salim dan anak buahnya.
Tembakan
masih diteruskan walaupun kedua-dua bot lanun tersebut berjaya mendarat
di Pulau Mataking. Kedua-dua buah kapal polis tersebut berada dalam
jarak 500 meter dari pulau tersebut dan meneruskan tembakan. Apabila
hari mula gelap, kapalronda Polis Marin mula menjadi sasaran
memandangkan kedudukannya disebelah barat pulau tersebut dan pada masa
yang sama bulan sabit telah timbul. Oleh yang demikian sebagai langkah
keselamatan kesemua lampu telah dipadamkan dikedua-dua buah kapal agar
tidak menjadi sasaran mudah. Sesekali kumpulan lanun tersebut melepaskan
tembakan yang kemudian telah dibalas oleh kapal Polis Marin.
Pada jam lebih kurang 0100 pagi, PX 29 berjaya mengesan sebuah objek
meninggalkan pulau tersebut disyaki melarikan diri ke arah Filipina.
Sekali lagi Insp Salim menghubungi Tuan Rahim dan berbincang untuk
mendapatkan sekurang-kurang satu bukti yang menyatakan mereka telah
bertempur dengan lanun tersebut. Keputusan yang diambil, 2 anggota PX 16
telah memberanikan diri menggunakan Dinghy PX 16 mendarat dipulau
tersebut dan menarik keluar sebuah pum bot yang masih tersadai ditepi
pantai pulau tersebut. Dinghy PX 29 tidak boleh digunakan disebabkan
bocor ditembusi peluru yang ditembak oleh lanun tersebut. Semasa 2
anggota tersebut yang terdiri daripada Hj Taha dan Mat Saili bergerak ke
pulau tersebut tembakan perlindungan telah dilepaskan dari kedua-dua
kapal. Mereka berjaya menarik keluar sebuah pum bot bersayap yang
panjangnya lebih kurang 25 meter dari pulau tersebut dan telah ditarik
ke Kapalronda PX 29. Miss Hariba, nama pum bot tersebut sampai dalam
masa lebih kurang 45 minit selepas itu. Didalam pum bot tersebut
dijumpai sebanyak 3 x porches, 3 kelopak peluru carbine disamping banyak
kelongsong peluru jenis .30 inci dan 7.62 mm. Selain itu bau hanyir
darah yang terdapat didalam bot tersebut menandakan ada lanun yang
cedera atau mati ditembak oleh Polis Marin. Dikatakan terdapat 4 mayat
lanun terapong berhampiran pantai pulau tersebut.
Pada jam 0230
pagi. RADAR PX 29 berjaya mengesan 2 objek bergerak menghala kapalronda
PX 29 dari arah belakang. Sebagai langkah keselamatan tembakan GPMG
telah dilepaskan kearah 2 objek tersebut. Mujurlah Insp Jamaluddin yang
kebetulan berada dibotronda PGR memberi Isyarat Lampu dan menghubungi PX
29 menyatakan mereka adalah Polis dan jangan tembak. 2 buah objek
tersebut rupa-rupanya adalah bot PGR yang datang dari Semporna untuk
memberi bantuan disamping membawa ASP Aziz Laupo CO PX 29 yang pada
ketika itu sedang memangku tugas Pegawai Zon Semporna dan Insp
Jamaluddin. Kemudian salah sebuah bot PGR telah membawa beberapa anggota
yang cedera balik ke Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan di Hospital.
Pada jam 0400 pagi bantuan dari kapalronda PZ 14 KPD Mersuji tiba
dikawasan operasi. Kapal tersebut diketuai oleh DSP Kushaili telah
mengarahkan kedua-dua kapal PX berada dalam jarak 2 batu nutika dari
pulau tersebut. Tidak lama kemudian kapal PLC 1 dari Semporna tiba
bersama-sama 1 platun anggota PPH. Setelah perbincangan diadakan,
apabila hari mula cerah lebih kurang jam 0600 pagi, PZ 14 telah
melepaskan 2 das peluru meriam Bofor 40 mm ke arah pulau tersebut dan
terkena 2 batang pokok kelapa yang menyebabkan kedua-dua batang pokok
tersebut terputus 2. Tembakan perlindungan juga telah dilepaskan ke arah
pulau tersebut oleh kapal-kapal Polis dan pada masa yang sama kapal PLC
mendarat di pulau tersebut. Maka kedengaran sayup-sayup... Rifle
Mara.... Rikey Mara dan Brand Mara diikuti dengan bunyi tembakan.
Lebih kurang 2 jam kemudian setelah anggota PPH selesai membuat
pengeledahan di pulau tersebut, maka mereka bergerak keluar dari pulau
tersebut menggunakan kapal PLC menuju ke kapalronda PZ 16 bersama 2
mayat dan 14 orang tangkapan yang terdiri dari pada 8 lelaki, 1 pondan, 3
kanak-kanan dan 2 orang perempuan. Mayat 4 orang lelaki yang terapung
pada awal pagi telah tiada dan mungkin dihanyutkan oleh arus laut.
Pemeriksaan lanjut ke atas pondan tersebut telah dilakukan dan menjumpai
kira-kira RM 2000.00 yang disembunyikan dalam seluar dalamnya. Kesemua
aset kemudian balik ke Lahad Datu kecuali PLC 1 yang bergerak balik ke
Semporna untuk membawa balik anggota PPH.
Setibanya di perairan
Tanjung Sakar pada jam lebih kurang 1200 tengahari, 2 buah kapal TLDM
yang baru tiba dari Labuan terdiri daripada KD Badik dan KD Kerambit
telah merapat dengan kapal PX 29 dan PX 16. CO kapal TLDM telah pergi ke
kapal PX 29 dan PX 16. Mereka agak terkejut melihat pada kesan tembakan
dikedua-dua buah kapal tersebut disamping kelongsong peluru yang
memenuhi dek dan Open briged kedua-dua kapal. Kedua-dua CO TLDM kemudian
telah memberi tabik hormat kepada Insp Salim dan Tuan Rahim. Sambil
salah seorang pegawai yang berpangkat Leftenan berkata “ Sepanjang
sejarah penubuhan TLDM, kami belum pernah berdepan dengan situasi
sebegini”. Mananya tidak, hampir semua badan kapal ditembusi dengan
peluru. Malah tangga besi dari dek untuk ke Open briged telah putus dan
tidak boleh digunakan. Begitu juga dengan Scener Radar turut terkena
tembakan. Kedua-dua CO TLDM itu kemudian mengucapkan tahniah kepada Insp
Salim dan Tn Rahim atas kejayaan Polis Marin dalam memburu lanun
tersebut. Mereka kemudian beredar meneruskan rondaan dikawasan perairan
Deval Bay.
PZ 14 dan PX 16 bergerak dahulu memasuki pangkalan
Marin Lahad Datu, sementara PX 29 bergerak agak lambat sedikit
memandangkan kapal mereka sedang menunda pum bot Miss Hariba milik
kumpulan lanun tersebut. Apabila PX 29 menghampiri pangkalan, kelihatan
beribu orang awam berada dikawasan Pangkalan Marin dan jeti-jeti
berhampiran pangkalan Polis Marin. Apabila mereka melihat PX 29 menunda
bot Miss Hariba, suasana menjadi gamat dan bising dengan pekikan dan
laungan “HIDUP POLIS MARIN, HIDUP POLIS MARIN” oleh orang ramai. Insp
Salim dengan tiba-tiba merasa sebak dan mengalirkan air matanya. Begitu
juga dengan pegawai dan anggota Polis Marin lain yang yang berada
dikawasan pangkalan itu. Keletihan pada setiap mereka terlibat tiba-tiba
hilang disebabkan penghargaan yang diberikan oleh masyarakat Lahad Datu
pada ketika itu. Apabila 2 mayat tersebut diturunkan dari kapal PZ 14
ke jeti, ramai daripada orang awam yang hadir di pangkalan marin dengan
perasaan marah menendang-nendang mayat tersebut sambil meludahnya.
Begitulah perasaan orang awam pada ketika itu, terlalu marah kepada
kumpulan lanun yang menyerang bandar Lahad Datu.
Tidak lama
selepas itu, pihak tertinggi PDRM IPK Sabah telah menyenaraikan beberapa
pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi memburu lanun tersebut
untuk dianugerahkan pingat kebesaran kerajaan negeri. Apa yang
menyedihkan hanya orang-orang tertentu yang berasal dari negeri tersebut
sahaja dianugerahkan pingat kerajaan negeri. Insp Salim dan Tuan Rahim
yang terlibat sepanjang operasi serta beberapa anggota Polis Marin yang
lain yang mempertahankan Pangkalan Marin Lahad Datu hanya menerima surat
penghargaan sahaja. Saudara Kalai yang terburai perutnya ditukar balik
ke Semenanjung untuk menerima rawatan lanjut. Peluru yang terlekat di
tulang pinggulnya tidak dapat dikeluarkan berada disitu sehingga beliau
meninggal pada tahun 2008.
Didalam Operasi tersebut kapalronda
PX 29 telah menggunakan sebanyak 6000 butir peluru pelbagai jenis bagi
menewaskan musuh. Kepada yang terlibat semasa serangan tersebut,
diucapkan tahniah kerana anda memiliki semangat kepahlawanan yang tinggi
dan sejati. Sikap pantang menyerah yang anda pamirkan telah dan akan
menjadi ikutan generasi seterusnya dalam Pasukan Gerakan Marin. Kini
Insp Salim bertugas sebagai PT Perjawatan di IPK Johor dengan pangkat
DSP sementara Tuan Rahim bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Gombak
dengan pangkat ACP.
Warga KPD Sabahan PX 29 semasa operasi tersebut :
Insp Salim Ibrahim
SI Zulkifli Titing - bersara pada tahun 1995
SM Ibrahim
SM Tijan
Sjn Lampong
Kpl John Philip Kusop - bersara pada tahun 1994 dan telah meninggal
Kpl Mat Karimi
Konst Ruslim Baharom - telah meninggal kerana sakit
Konst Mat Ris - menyertai APMM dengan pangkat Lt.
Konst Mat Isa
Konst Sharif Kalil - masih berkhidmat dan berpangkat SM
Cendawan berfikiran awangan
|| offical Blog firdaus Hinnasir ||
Thursday, February 14, 2013
Sunday, January 20, 2013
Peringkat Keramat (darjat) tertinggi dalam islam
KDK-1 :
Peringkat ini Allah amat kasihkan dan memuji-muji nama mereka (ahli
tasawuf). Alangkah bertuah dan mulianya mereka ini kerana sentiasa
dipuji Allah.
KDK-2 : Allah sendiri mengucap terima kasih kepada mereka. Sekiranya kita diucap terima kasih oleh seorang yang hina pun sudah cukup baik, apatah lagi jika Allah sendiri yang mengucapkannya.
KDK-3 : Allah Taala sangat kasih dan cinta akan mereka. Jika seorang raja mencintai kita sudah cukup untuk kita bermegah dan mendapat faedah, apatah lagi raja sekian alam sendiri yang cintakan kita.
KDK-4 : Allah Taala sendiri menjadi wakil untuk mengurus urusan mereka.
KDK-5 : Allah Taala menjamin rezeki ke atas mereka ke mana sahaja mereka pergi.
KDK-6 : Allah Taala mengawal tubuh badan mereka dari disakiti musuh.
KDK-7 : Allah Taala menjadi sahabat teman setia mereka.
KDK-8 : Ahli sufi berjiwa besar dan tidak terasa terhina membuat kerja-kerja yang tidak disukai orang. Malah mereka tidak suka ditolong orang hatta raja sekalipun.
KDK-9 : Tinggi hemah dan kezuhudan seta tidak sedikit pun ternoda dengan kemegahan dunia.
KDK-10 : Kaya hati, tenteram dan aman. Tidak terkejut dengan kekayaan baru yang datang dan tidak pula susah hati bila ditimpa kemiskinan.
KDK-11 : Bersinar-sinar nur hati mereka hingga dapat memberi petunjuk kepada orang ramai tentang ilmu-ilmu rahsia, hikmat-hikmat yang tidak dapat diberi oleh manusia biasa.
KDK-12 : Sentiasa berlapang dada sehingga bala yang besar tidak mampu langsung menggundah-gulanakan jiwa mereka.
KDK-13 : Wajah mereka sentiasa terpancar sinar kehebatan dan mampu merebahkan orang yang melihat atau musuh yang mendekati hatta raja yang zalim sekali pun.
KDK-14 : Allah Taala melimpah keberkatan pada segala pergerakan tubuh dan perilaku mereka seperti tempat tidur, bekas makan dan tempat duduk sehingga diambil orang untuk keberkatan. Malah yang bersahabat dengan mereka juga mendapat tempias ilmu-ilmu keramat mereka.
KDK-15 : Mereka menguasai lipat jalan bumi, udara dan air sehingga jika dikehendaki terbang di udara atau menyelam di laut dalam nescaya diperkenankan Allah.
KDK-16 : Mereka dapat menunduk dan menjinakkan segala jenis binatang buas malah binatang itu dapat dijadikan khadam suruhan pula.
KDK-17 : Mereka dianugerahkan perbendaharaan bumi. Sekiranya mereka mengkehendaki harta karun itu timbul dari perut bumi nescaya berlaku. Mereka juga mampu mendatangkan rezeki (makanan) sendiri jika terasa kelaparan.
KDK-18 : Mereka menjadi tumpuan orang ramai Kepada orang yang berhajat berkasih kepada Allah wajarlah dijadikan mereka ini sebagai wasilah. Berkhadamlah dengan mereka ini mudah-mudahan akan sampai makrifat kepada Allah.
KDK-19 : Apa sahaja yang terlintas di hati atau tergerak lidah untuk meminta sesuatu hajat nescaya tercapailah hajat mereka.
KDK-20 : Terjatuh mesra kasih orang ramai apabila terpandang mereka.
KDK-2 : Allah sendiri mengucap terima kasih kepada mereka. Sekiranya kita diucap terima kasih oleh seorang yang hina pun sudah cukup baik, apatah lagi jika Allah sendiri yang mengucapkannya.
KDK-3 : Allah Taala sangat kasih dan cinta akan mereka. Jika seorang raja mencintai kita sudah cukup untuk kita bermegah dan mendapat faedah, apatah lagi raja sekian alam sendiri yang cintakan kita.
KDK-4 : Allah Taala sendiri menjadi wakil untuk mengurus urusan mereka.
KDK-5 : Allah Taala menjamin rezeki ke atas mereka ke mana sahaja mereka pergi.
KDK-6 : Allah Taala mengawal tubuh badan mereka dari disakiti musuh.
KDK-7 : Allah Taala menjadi sahabat teman setia mereka.
KDK-8 : Ahli sufi berjiwa besar dan tidak terasa terhina membuat kerja-kerja yang tidak disukai orang. Malah mereka tidak suka ditolong orang hatta raja sekalipun.
KDK-9 : Tinggi hemah dan kezuhudan seta tidak sedikit pun ternoda dengan kemegahan dunia.
KDK-10 : Kaya hati, tenteram dan aman. Tidak terkejut dengan kekayaan baru yang datang dan tidak pula susah hati bila ditimpa kemiskinan.
KDK-11 : Bersinar-sinar nur hati mereka hingga dapat memberi petunjuk kepada orang ramai tentang ilmu-ilmu rahsia, hikmat-hikmat yang tidak dapat diberi oleh manusia biasa.
KDK-12 : Sentiasa berlapang dada sehingga bala yang besar tidak mampu langsung menggundah-gulanakan jiwa mereka.
KDK-13 : Wajah mereka sentiasa terpancar sinar kehebatan dan mampu merebahkan orang yang melihat atau musuh yang mendekati hatta raja yang zalim sekali pun.
KDK-14 : Allah Taala melimpah keberkatan pada segala pergerakan tubuh dan perilaku mereka seperti tempat tidur, bekas makan dan tempat duduk sehingga diambil orang untuk keberkatan. Malah yang bersahabat dengan mereka juga mendapat tempias ilmu-ilmu keramat mereka.
KDK-15 : Mereka menguasai lipat jalan bumi, udara dan air sehingga jika dikehendaki terbang di udara atau menyelam di laut dalam nescaya diperkenankan Allah.
KDK-16 : Mereka dapat menunduk dan menjinakkan segala jenis binatang buas malah binatang itu dapat dijadikan khadam suruhan pula.
KDK-17 : Mereka dianugerahkan perbendaharaan bumi. Sekiranya mereka mengkehendaki harta karun itu timbul dari perut bumi nescaya berlaku. Mereka juga mampu mendatangkan rezeki (makanan) sendiri jika terasa kelaparan.
KDK-18 : Mereka menjadi tumpuan orang ramai Kepada orang yang berhajat berkasih kepada Allah wajarlah dijadikan mereka ini sebagai wasilah. Berkhadamlah dengan mereka ini mudah-mudahan akan sampai makrifat kepada Allah.
KDK-19 : Apa sahaja yang terlintas di hati atau tergerak lidah untuk meminta sesuatu hajat nescaya tercapailah hajat mereka.
KDK-20 : Terjatuh mesra kasih orang ramai apabila terpandang mereka.
Saturday, January 19, 2013
new Hope 2013
akhirnya aku aktif kembali menulis blog .. selama dua tahun aku meninggal kan kegiatan menulis ini demi menumpukan perhatian pada hidup setahun jagung yang baru ingin memulakan hidup dari bujang ke hidup berdua..
hidup tidak stabil lagi, tiada masa mau menulis, sibuk dengan kerja-kerja hidup buat aku lupa udah dengan blog.. walaupun aktif sekali sekala bila orang rumah minta tolong buatkan kan blog untuk kajian mereka berkumpulan..
akhirnya dengan berat tangan.. dua tiga kali klik, dah jadi blog.. (terer macho) tu pon copy paste ja.. cuma ilmu teknologi maklumat ni masih dalam kepala.. masih ingat cara mau buat. tapi yang masih tiada dikepala ialah idea mencurah-curah untuk menulis..
lagipon aku aktif berfacebook sampai lupa udah pasal blog-blog ni.. Namun setelah aku amati di facebok ni walaupun orang suka facebook tapi mesti ada link2 cerita yang ada dalam blog.. kalaw korang perasan la.. tu sebab la aku pon tertarik balik mau aktifkan balik blog aku ni.. tapi kena rajin online jugak ni.. what the..
apa pun buat para pembaca yang suka akan tulisan hamba yang rendah ini.. harap terhibur dengan blog aku....tunggu ja tulisan-tulisan menarik dari aku..
~daus@ evoLd
Subscribe to:
Posts (Atom)